CINTA CATERING WEDDING EVENT

Ahad, 17 Februari 2013

Cintacatering.com

Katering Perkahwinan

Tentang Kami

Mengenai Kami Cinta Catering Wedding & Event

    Misi kami Cinta Catering Wedding & Event ialah untuk mengurangkan kekusutan pelanggan-pelanggan dalam merancang jamuan makan. Kami faham bahawa untuk merancang majlis memerlukan banyak proses perancangan dan memerlukan tenaga kerja yang banyak untuk menjayakan sesebuah majlis. Dari segi aspek inilah yang boleh kami bantu dengan menggunakan kebolehan kami dalam mengendalikan majlis-majlis, mahupun kecil atau besar. Apa yang membezakan kami dengan syarikat-syarikat katering lain ialah kami sangat menitikberatkan aspek penyediaan makanan, perkhidmatan pelanggan, penjagaan kualiti, perancangan majlis dan logistik, penyusunan tenaga kerja dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan perancangan majlis. Kami turut berasa gembira dan bangga apabila sesebuah majlis itu berjalan lancar seperti yang dirancang. Ia menjadi satu kebanggaan bagi kami apabila dapat memenuhi permintaan pelanggan-pelanggan.

    Cinta Catering Wedding, Event & Services adalah 100% hak milik penuh bumiputera, yang beroperasi sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Selangor. Kami menerima tempahan katering untuk pelbagai majlis termasuk majlis perkahwinan, majlis korporat dan lain-lain majlis keramaian. Selain menerima tempahan katering, kami juga menyediakan perkhidmatan kanopi, pelamin, andaman, fotografi, sound system, stage, lighting, truss dan lain-lain lagi. Tenaga kerja mahir dan berpengalaman, akan memastikan majlis anda berjalan dengan lancar dan menepati citarasa anda. Kami sangat berbesar hati untuk menyajikan perkhidmatan cemerlang kami. Hubungi sekarang untuk mendapatkan servis terbaik yang kami tawarkan.


Pakej Katering Perkahwinan

BAGAIMANA MENGENDALIKAN MAJLIS PERKAHWINAN TANPA PENING KEPALA .!!!

    Di dalam era yang serba moden ini, mudah untuk kita terlupa tentang perkara-perkara penting dalam hidup kita. Dengan tuntutan harian yang memenatkan, tidak mustahil jika kita sendiri tiada masa untuk merancang hari perkahwinan diri sendiri.

    Walau bagaimanapun, kami mendapati ramai pasangan bakal pengantin yang kurang tahu di mana untuk mencari ‘katerer’ yang berpengalaman dalam bidang pengurusan majlis perkahwinan, di samping menawarkan harga yang berpatutan. Jadi setelah membuat tinjauan keatas pelanggan-pelanggan kami sendiri, kami dapati mereka telah memilih Cinta Catering Wedding & Event kerana mereka:

    1. Selesa bergantung kepada hanya satu pihak yang boleh memenuhi kesemua keperluan untuk majlis perkahwinan mereka; dari awal hingga akhir majlis.

    2. Menghargai pramusaji-pramusaji terlatih kami yang profesional sepanjang majlis berlangsung yang memberikan gambaran imej positif terhadap tuan rumah.

    3. Terutamanya amat berpuas hati dengan kualiti dan rasa makanan kami yang disediakan dengan resepi-resipi popular.

    4. Berpendapat bahawa harga pakej-pakej perkahwinan kami amat berpatutan sesuai dengan perkhidmatan yang disediakan.

    5. Berasa yakin berurusan dengan caterer yang berpengalaman dalam menguruskan majlis perkahwinan.

    Kami di Cinta Catering Wedding & Event faham kesulitan Cik / Tuan dalam mencari pihak yang boleh dipercayai untuk menguruskan hari istimewa anda. Oleh itu, ramai bakal pengantin yang datang kepada kami untuk mengendalikan hari perkahwinan mereka dengan mudah. Kami menawarkan peluang kepada anda untuk menikmati pakej-pakej kami yang menarik


Polisi Perubahan Pakej Tempahan
Segala perubahan untuk menu sajian, perkhidmatan tambahan & bilangan pelayan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 2 minggu sebelum majlis​
Polisi Deposit
20% – Pengesahan Tempahan / Tarikh Tempahan (minimum)
80% – 21 hari sebelum tarikh majlis​
Polisi Pembatalan
Sekiranya pelanggan membatalkan tempahan, deposit tidak akan dipulangkan.​
Maklumat Akaun
MAHLIGAI CINTA EVENT & SERVICES
ACC no: 5624 7813 4260 (Maybank)​


Tiada ulasan:

Catat Ulasan